MALAYSIA KINI
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Hari Raya Aidiladha di Masjid Bukit Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam satu kenyataan media semalam, penganjur program berhasrat untuk berjumpa dengan Ismail bagi menerangkan tujuan sebenar program berkenaan.
Menurut kenyataan itu, penganjur sedih dan terkilan apabila orang ramai termasuk wakil rakyat memilih untuk terus menganiaya, mencaci dan bersangka buruk berhubung acara-acara anjuran mereka.
Ismail berkata polis bagaimanapun tetap akan menyiasat penganjuran program itu mengikut sistem dan lunas undang-undang yang sedia ada.
"Ambiga dan lain-lain penganjur diarah untuk diambil keterangan. Saya telah menyerahkan kepada pegawai saya untuk siasat," katanya.
Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, sepatutnya bermula 2 hingga 13 Nov tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak ekoran program terbabit didakwa memperkasakan hak golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di negara ini. Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan