Isnin, 14 November 2011

DERHAKA PADA RAJA, UMNO PEMBUKA TIRAI

Dato Onn terlebih derhaka berbanding Nizar, Aziz Bari

















" Pemimpin UMNO dan UMNOlah yang mempelopori siri penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu selepas abad ke - 20. Dato' Onn adalah antara tokoh politik pertama yang mencetuskan siri penderhakaan ini. Pada tahun 1920, Dato' Onn secara terbuka telah mengkritik Sultan Johor dengan begitu keras kerana Sultan Johor telah melelong harta bapanya yang gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya. Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.

Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya. Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.Ketiga-tiga adek beradek ini menjadi keluarga terbuang akibat penderhakaan ini.

Mereka menetap di Singapura, Dato' Onn tetap meneruskan penderhakaan ini di Singapura melalui akhbar Warta Malaya yang beliau menjadi pengarangnya. Akhbar ini lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.Beliau kembali ke Johor pada tahun 1936 dan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947. Dalam tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar, beliau telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran cadangannya supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan ini kerana ia meletakkan seorang Melayu lebih tinggi kedudukannya daripada Raja-raja Melayu itu sendiri.UMNO secara terbuka menghina Raja-raja Melayu terutama Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada tahun-tahun tersebut. Dalam Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth pada 27 Ogos 1949, secara terbuka beliau menyelar dan menuduh Raja-raja Melayu menjaga kepentingan diri daripada orang Melayu, beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British bagi melemahkan UMNO dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

Kemuncak penderhakaan ini ialah apabila Dato' Onn mengajak ahli UMNO menamatkan pemerintahan beraja. Akibatnya, Sultan Kedah berhasrat mengharamkan UMNO di negeri Kedah dan Sultan Johor sendiri memaksa Dato' Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Jun 1949.Kebiadaban UMNO kepada Raja-raja Melayu sangat terserlah antara tahun 1947-1949, pemimpin UMNO menggunakan platform UMNO untuk menghina Raja-raja Melayu, mereka mencabar kuasa Raja-raja Melayu secara terbuka dan kemuncak penderhakaan UMNO pada tahun 1949 ialah apabila Presiden UMNO (Dato' Onn) pada waktu itu mengajak ahli-ahli UMNO menamatkan sahaja sistem pemerintahan beraja di negara ini.

Dalam krisis perlembagaan itu, dalam tahun 1983 dan 1993, UMNO mengerakkan seluruh jentera dan rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh Negara yang dikenali sebagai ‘perhimpunan SEMARAK’ bagi membangkitkan perasaan rakyat membenci Raja-raja Melayu. Dalam perhimpunan-perhimpunan tersebut, Raja-raja dimaki-hamun, dicela dan dihina. Dilondeh semua panau dan kurap yang ada pada Raja-raja ketika terutama almarhum Sultan Johor. Raja-raja dimalukan dikhalayak ramai, semua rakyat mengikuti peristewa malang tersebut.

Penderhakaan terhadap raja-raja terus disemarakkan semula oleh Mahathir Mohamad ketika belaiu memerintah Malaysia. Raja-raja dihina, dimaki-hamun dan macam-macam kata-kata nista dikeluarkan bagi menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu ketika itu. Ada pemimpin UMNO seperti Shahidan Kassim menjadi juara menghentam Raja-raja Melayu dan Annuar Musa terlalu marahkan kepada Sultan Kelantan telah melantik Tengku Ibrahim sebagai penganti Sultan yang dikatakannya perlantikan Sultan Ismail Petra sebagai Sultan tidak sah.

Apalah sangat jika dibanding dengan kes Prof.Dr Abdul Aziz Bari dari UIA yang dikatakan menghina Sultan Selangor itu. Itulah hanya padangan seorang ahli akedemik terhadap Raja dan Perlembagaan. Bukan seperti UMNO yang mengamuk pada tahun 1983 dan 1993 dulu, ianya lebih kerpada matlamat politik sempit UMNO. Kini, Raja-raja Melayu hanya tinggal gigi dan gusi sahaja lagi. Penghormatan rakyat terutama dari kaum bukan Melayu terhadap institusi istana dalam Negara ini semakin terhakis. Rakyat semakin berani bangkit mempersoalkan beberapa perkara yang dinikmati oleh Raja-raja dan kaum kerabatnya.

Semuanya ini berlaku kerana UMNO yang mula-mula merintis jalan membawa penderhakaan rakyat terhadap institusi beraja dalam Negara ini.UMNO perlu dipertanggungjawabkan dalam soal ini.

Tiada ulasan: