Selasa, 8 November 2011

DAP: Kos hidup boleh dikurang tanpa sesen pun


Nigel Aw

Di sebalik peningkatan program subsidi negara bagi membantu rakyat membendung kenaikan kos sara hidup yang terus meningkat, masalah itu sebenarnya boleh ditangani tanpa perlu membelanjakan sesen pun, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

NONEBerucap pada forum ekonomi, anjuran pejabat ahli parlimen DAP Seputeh Teresa Kok yang hadir sebagai moderator, Pua berkata ini boleh dilakukan melalui dasar-dasar anti monopoli dan konsep penswastaan yang berdaya saing

"Terdapat banyak dasar-dasar yang mengakibatkan harga (barangan) menjadi tinggi, kita perlu mengubah dasar-dasar itu dan menukar sesuatu dasar tidak akan menyebabkan kerajaan membelanjakan satu sen pun," katanya.

Sebagai contoh, kata Pua, walaupun Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) diswastakan, namun ia kekal sebagai pengeksport beras tunggal di negara ini.

"Jika saya boleh mencari beras yang berkualiti di Thailand dan membawanya ke Malaysia untuk dijual pada harga yang lebih murah, bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati beras yang lebih murah, mengapa tidak?"

Dijadikan gundik

Mengambil contoh lain, katanya, walaupun kerajaan bermegah bahawa ia memberi subsidi supaya harga petrol RON95 dikekalkan pada RM1.90 seliter, namun kerajaan, pada masa yang sama melarang lima syarikat pembekal utama petrol daripada menurunkan harga di bawah paras RM1.90.

azlanTindakan ini, kata Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, adalah bertujuan untuk melindungi Petronas dan kepentingan kerajaan tetapi rakyat yang terpaksa berkorban.

"Jika persaingan dibenarkan dan syarikat-syarikat berkenaan dibenarkan untuk menjual pada harga di bawah RM1.90, maka kerajaan juga mungkin dapat mengurangkan subsidi kerana harga sudah diturunkan."

Bagi Pua, seorang ahli ekonomi sebelum menceburkan diri dalam politik, contoh terbaik adalah penyertaan Air Asia ke dalam pasaran perjalanan udara selepas tahun 2001 yang menyaksikan harga tiket kapal terbang turun sehingga hampir separuh bagi penerbangan domestik.

azlanNamun, katanya demi melindungi kepentingan kerajaan, satu lagi percubaan dilakukan membabitkan pertukaran saham antara Air Asia dan Malaysia Airlines dalam usaha untuk melindungi syarikat penerbangan negara yang tidak mampu bersaing lagi itu.

"Ini sama seperti peperangan di zaman China kuno yang melibatkan hulubalang dan panglima yang sentiasa berperang. Apabila mereka yang kuat menyerang hulubalang yang lemah, maka, hulubalang lemah akan menghantar anak perempuannya untuk dijadikan gundik kepada panglima yang lebih kuat. Apabila ada ikatan kekeluargaan, maka, mereka tidak lagi perlu berperang sesama sendiri.”

Tiada ulasan: