Isnin, 14 November 2011

Azizah ingatkan S'gor hemah berbelanja

MALAYSIA KINI

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan kerajaan Selangor supaya berhemah dalam berbelanja ekoran peningkatan hasil yang cukup baik seperti diumumkan dalam belanjawan negeri baru-baru ini.

NONE"Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23 peratus) dan hasil bukan cukai (40.12 peratus) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat.

"Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri perlu berhemah dalam berbelanja," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Azizah bagaimanapun memuji simpanan tunai Selangor yang kini mencecah RM 1.2 bilion - jumlah tertinggi sejak 28 tahun.

Katanya, jumlah itu harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang mencecah RM 400 bilion.

"Jumlah hutang ini amat membimbangkan; tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara-negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah," katanya.

Tiada ulasan: