Jumaat, 11 November 2011

Ambiga Sah Hadir Pendengaran Awam

WARTA KERAJAAN RAKYAT


KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga disahkan antara yang akan menghadiri sesi pertama proses pendengaran awam oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK)Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya bermula Jumaat.
Pengerusi JPK, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, bagaimanapun bekas Presiden Majlis Peguam itu akan hadir atas kapasiti individu tanpa mewakili mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Mengikut senarai yang kita terima, dijadualkan ada sebelas pihak yang akan hadir esok termasuk Datuk Ambiga," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat keempat JPK di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Tiada ulasan: