Rabu, 23 November 2011

Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama)


Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di beberapa kawasan perairan negara bermula isnin .

Dalam satu kenyataan hari ini bahawa angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP. Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan bermula pada Isnin, 21 November 2011 sehingga Selasa, 29 November 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dan dalam satu kenyataan lagi Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Ribut Petir menyeluruh.

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Johor Timur (Kota Tinggi), Pahang, Terengganu, Tioman dan Sabah (Sandakan) dijangka akan berterusan sehingga lewat petang, Jumaat, 18 November 2011.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.-KelantanTV

Tiada ulasan: