Jumaat, 18 November 2011

Amanah saran sistem k'jaan sementara ditubuhkan


MALAYSIA KINI

Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) sebuah NGO baru, mencadangkan sebuah “kerajaan sementara” ditubuhkan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

NONEDalam satu kenyataan medianya, timbalan pengerusi kumpulan itu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (dua, dari kiri) berkata tindakan itu bagi memastikan semua jabatan kerajaan dan badan-badan lain benar-benar berkecuali dari segi politik.

“Tindakan kerajaan sekarang ini yang secara terang dan meluas menggunakan jabatan dan separa jabatan kerajaan dan peruntukkan kewangan mereka untuk membantunya adalah bertentangan sangat dengan keperluan diadakan pilihanraya yang bersih dan adil,” kata Abdul Kadir yang juga adalah bekas menteri pelancongan.

NONEPerkara itu antara enam cadangan yang dikemukakan oleh memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini yang sedang disemak oleh Jawatankuasa Pilihanraya Khas Parlimen (PSC) yang diterajui oleh Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Lima cadangan lain adalah:

  • Menghormati kebebasan rakyat untuk menubuhkan parti-parti politik selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
  • Memastikan daftar pemilih hendaklah benar-benar bersih dan dikekalkan bersih
  • Memberi hak untuk berkumpul dan kempen secara bebassebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.
  • Menyokong sepenuhnya rayuan supaya semua parti politik dapat ruang dalam media arus perdana, termasuk akhbar, radio dan televisyen.
  • Mengharamkan penggunaan wang untuk membeli undi semasa kempen pilihan raya.
Menurut Kadir, cadangan berkenaan adalah keputusan Amanah yang dibuat selepas perbincangan mendalam di kalangan ahli-ahlinya dan juga orang awam.

Katanya, cadangan itu juga akan dikemukakan kepada PSC dan Amanah sekali lagi mendesak kerajaan agar membuat kenyataan jelas bahawa pilihan raya akan datang akan hanya diadakan selepas reformasi sistem pilihan raya dilaksanakan sepenuhnya.

Tiada ulasan: