Jumaat, 25 Disember 2009

Rakyat gesa Mahkamah Syariah percepat perbicaraan Anwar.

Hadri Yaziz


Saranan Presiden Ulama Sedunia, Yusuf Al-Qaradhawi menggesa mahkamah mempercepatkan kes tuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan umum.

Isu ini mendapat perhatian masyarakat setelah perbicarannya ditangguh begitu lama oleh mahkamah.

Rata-rata masyarakat mempertikaikan tempoh masa yang diambil oleh mahkamah untuk membicarakan kes tersebut sehingga menimbulkan syak wasangka terhadap ketelusan perundangan di negara ini.

"Jadi saya rasa kalau Yusuf Qaradhawi meminta supaya dipercepatkan itu ada baiknya sebab apa kita hendak menapis kalau memang benar itu adalah tomahan atau fitnah, selesaikan fitnah itu. Atau kalau memang bukan fitnah, memang benar umpamanya perkara ini betul-betul berlaku, kita tak nak perkara ini berlanjutan, memang seharusnya kita banteras."

"Bagi pakcik kes Anwar itu patut dipercepatkan kerana memandangkan Anwar adalah seorang pemimpin. Jadi kalau perkara itu dilengah-lengahkan, dia akan membawa sesuatu yang tidak baik pada pandangan mata masyarakat dunia dan antarabangsa. Lagipun kes itu sengaja diada-adakan jadi bagi kita perkara yang sengaja ni tak patut dilengahkan."

"Jadi kalau nak dipercepatkan benda untuk kebaikan, asalkan kebaikan itu boleh memberi manfaat kepada orang baik dipercepatkan. Bukan macam orang difitnah-difitnah tiada penyelesaian daripada dulu, jadi akan merugikan pihak orang berkenaan."

"Bila lambat selesai kes mahkamah, bermasalah bagi orang yang kena dakwa. Siapa-siapa pun mesti dia susah, kehidupan jadi susah, nak fikir benda tu lagi padahal kerja lain banyak lagi."

"Bagi saya bermakna perkara-perkara yang lama ini dipercepatkan. Tiada sebab benda itu diperlambat-lambatkan sebab apa banyak orang akan bertanya apakah kesudahan dan apakah tindakan selanjutnya. Jadi saya rasa kalau perkara ini diperlambatkan mungkin ada suatu matlamat atau suatu niat hati yang kelainan. Jadi saya rasa perkara ini perlu dipercepatkan kerana ini adalah satu perkara yang amat besar diketahui umum."

Minggu lalu, Yusuf Al-Qaradhawi memberitahu media ketika sesi pertemuan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan keadilan Islam sebaliknya mendesak supaya proses perundangan tersebut dipercepatkan.

Tiada ulasan: