Ahad, 27 Disember 2009

Keputusan kes Hasan Ali, Khalid bulan depan

Andrew Ong


Jawatankuasa disiplin PAS akan mendengar keterangan daripada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalannya, Khalid Samad bulan depan.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Malaysiakini bahawa Khalid dipanggil memberi keterangan pada 7 Januari, diikuti Dr Hasan dua hari berikutnya pada 9 Januari.

Menurutnya, Hasan disiasat berhubung tindak tanduknya yang didakwa boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.

Manakala Khalid pula disiasat kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kepimpinan kerajaan negeri.

Kedua-duanya telah menerima surat tunjuk sebab ekoran aduan dari kalangan ahli parti itu.

Mereka dipanggil memberi keterangan di ibupejabat PAS di Kuala LUmpur dan jika tiada saksi lain dipanggil, maka keputusan boleh dibuat beberapa jam selepas siasatan ke atas mereka selesai.

"Ada kemungkinan tiada lagi saksi lain dipanggil (berasaskan kepada keadaan sekarang," kata Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS.

Tiada ulasan: