Jumaat, 25 Disember 2009

Mengawal Keselamatan Negara Bukan Seperti Kawal Gudang Garam

Oleh Mohd Sayuti Omar


BEGITULAH kalau sudah terdedah ia sukar untuk ditutup. Dan perkara busuk itu akan tetap busuk juga berbau kalaupun cuba disapu dengan minyak wangi. Attar gaharu tidak dapat menutupi bau busuk walaupun ia diambil dari pohon depu dari Kelantan. Begitulah apa yang dapat dilihat kepada isu kehilangan dua enjin jet pesawat supersonic F-5E milik TUDM.

Mulanya kata Zahid Hamidi kehilangan itu tidak melibatkan pegawai tinggi tentera, sebaliknya ia hanya melibatkan pegawai lain-lain pangkat (LLP) berpangkat sarjan saja. Budak kecil pun rasa tak logik dengan kenyataan Zahid itu dan lebih bersifat nak tudung bangai dengan nyiur.

Kita tahu cara Zahid itu nak jaga maruah dan wibawa tentera tetapi cara dia membela itu tidak kena pada tempatnya.

Masakan pegawai peringkat sarjan mampu untuk melarikan enjin bernilai RM50 juta setiap satu, tak sepadan sangat nampaknya. Siapalah mereka yang berani untuk melarikannya. Mucung senjata senantiasa terhala ke arah mereka. Logiknya perkara besar mesti dilakukan oleh orang besar juga.

Budak Tadika hanya curi buah rambutan tetapi kalau guru besarnya songlap yuran sekolah.Apabila Ketua Polis Negara, Musa Hassan menjelaskan pihaknya perlu menyiasat pegawai tinggi termasuk jeneral, maka apa yang hendak disembunyikan itu mula terbongkar. Ia sudah mula menampakkan siapa yang bertanggungjawab memakan duit negara itu.

Kenyataan Zahid sebelum ini tertolak secara automatik. Terserlahlah sifat munafik Zahid untuk melindungi sesuatu yang tidak sewajarnya beliau lakukan kerana mencalarkan dirinya sendiri.Siasatan ke atas jeneral kata Musa tidak ada pilihan.

Katanya pihak polis juga sudah merampas dokumen berhubung penjualan pesawat berkenaan dan termasuk dokumen berkaitaan penghantarannya ke luar negara. Kata Musa enjin pesawat itu ditemui di Argentina.Bila polis siasat para jeneral terbabit nanti, maka akan terbongkarlah segala-galanya.

Kita harap jeneral itu akan bercakap benar dan jangan menyembuyikan sesuatu lagi. Katakan dari hati anda untuk didengar oleh negara anda. Soalnya kenapa Zaid cepat sangat cuba menutup perkara ini dengan hanya meletakkan kesalahan kepada pegawai rendah? Sikap ini seolah Zahid cuba hendak melindungi jerung dan membiarkan bilis tertangkap atau menjadi mangsanya.

Naiflah Zahid sebagai menteri pertahanan kalau beliau mengamalkan sikap ini. Seorang menteri seharusnya bersikap adil dan berwibawa. Zahid tidak sepatutnya cuba melindungi sesiapa dan dalam masa sama cuba merendahkan pihak lain. Apa yang Zahid jelas itu – hanya melibatkan pegawai pelbagai pangkat (LLP) menunjukkan kerja jahat dilakukan pegawai rendah dan pegawai tinggi tidak terlibat.

Walhal pegawai bawahan hanya mengikut arahan pegawai atasan.Atas khilafan ini mungkin Zahid boleh memikir sendiri tanpa disuruh mengenai kedudukannya di kementerian itu. Beliau perlu mahasabah diri apakah wajar beliau berada di situ dengan kapasiti dan pengetahuan yang ada.

Jangan hanya menerima jawatan itu kerana ingin menjadi menteri tetapi kelayakan kita boleh dipertikaikan.Seorang menteri pertahanan memerlukan tokoh yang komited, tegas dan jujur bukannya hanya tahu bercakap menggunakan lidah politik semata-mata.

Pertahanan bukan boleh ditadbirkan dengan gelak tawa ataupun bermodalkan PR yang baik dan ramah tamah dengan orang ramai tetapi harus seorang yang mempunyai 'intelektual intelegen' yang tinggi. Mengawal keselamatan negara bukan seperti mengawal gudang garam.

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: