Jumaat, 25 Disember 2009

Bapa mentua Noordin Mat Top diberkas

LAPORAN - AFP



JAKARTA: Bapa mentua Noordin Mohammed Top ditahan hari ini dalam serbuan di Jawa Barat, kata polis Indonesia.

Ketua skuad Pemisahan 88 anti-keganasan, Tito Karnavian, berkata Baharudin Latif yang juga rakan subahat Noordin ditahan awal pagi tadi di daerah Jawa Barat, Selatan Garut selepas sebulan melarikan diri.

"Benar dia ditahan jam 5 pagi tadi ketika polis mengadakan serbuan di Selatan Garut," katanya.

Baharudin atau dikenali sebagai Baridin, melepaskan diri daripada serbuan polis di rumahnya di Cilacap, Jawa Tengah, Julai lalu.

Polis berkata, mereka menemui bahan membuat bom yang ditanam di laman belakang.

Karnavian berkata, pasukannya masih di Selatan Garut bagi meninjau sama ada masih terdapat tapak bahan letupan di sekitarnya.

Menurut Kumpulan pemikir Krisis Antarabangsa, Noordin mengahwini anak perempuan Baharudin, Arina Rahmah pada 2006 dan pasangan itu mempunyai dua cahaya mata.

Noordin, yang terbunuh dalam serbuan berdarah oleh pihak polis Indonesia September lalu di Jawa tengah, dipercayai menjadi dalang pengeboman nekad Julai lalu ke atas Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta.

Dalam kejadin itu, tujuh dilaporkan terbunuh.

Tiada ulasan: