Azamin Amin
MARAWI CITY - Walaupun perjalanan anggota misi kemanusiaan terpaksa bergerak di medan tempur,namun matlamat untuk menyampaikan bantuan tetap terlaksana.
Semalam, bantuan ubat-ubatan dan makanan untuk 4,000 pelarian perang Bangsamoro di Datu Piang di Talayan telah berjaya disampaikan.
Suasana di sekitar kawasan berkenaan agak mengerunkan. Ini disebabkan kawasan medan tempur di situ agak kritikal bagi misi-misi kemanusiaan kerana sukar untuk ditembusi bagi membantu mangsa perang.
Dalam siri bantuan yang disampaikan semalam, kami dapat melihat terdapat beberapa NGO yang membawa bantuan makanan (3 buah lori) terpaksa berpatah balik kerana bimbang dengan keselamatan.
Sementara itu, di kawasan Basilan terdapat tentera kerajaan yang terkorban. Perjalanan ke Marawi mengambil masa lebih 5 jalan, dengan anggota misi yang turut disertai Harakahdaily terpaksa menaiki kenderaan jip di lereng-lereng pergunungan.
Kawasan yang dilalui oleh misi kemanusiaan ini amat mencabar dan penuh dengan dugaan yang mencabar psikologi semua anggota kerana sekitar perjalanan adalah medan tempur.
Hari ini, misi sembelihan akan dilakukan di mana sebanyak sepuluh ekor lembu dan 30 ekor kambing akan dikorbankan dan disampaikan untuk pelarian perang di sini. - mks._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan