Khamis, 4 Disember 2008

Pemimpin Umno tidak suka, Zaid pertikai pemecatannya

Mohd Khalil Abdullah


KUALA LUMPUR -Terdapat pemimpin Umno yang tidak suka dengan idea reformasi yang cuba disuarakan dan dibawanya.

"Saya tak diberi peluang untuk jelaskan, tidak dihubungi Lembaga Disiplin Umno,"demikian luahan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Katanya, dia tidak terperanjat dipecat daripada Umno.

Beliau bagaimanapun mempertikaikan cara keputusan itu dibuat selepas tidak diberi peluang menjelaskan tindakan yang membawa kepada pemecatannya itu.

"Saya tak diberi peluang untuk jelaskan, tidak dihubungi Lembaga Disiplin Umno malah belum terima surat pemecatan sehingga hari ini," katanya.

Kelmarin,Zaid dipecat daripada Umno, berkuatkuasa serta-merta berikutan beberapa tindakannya yang menyalahi Perlembagaan parti, khususnya kerana menghadiri Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hukuman terhadap Zaid itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Dalam sidang akhbarnya itu, Zaid percaya pemecatannya bukan kerana menyertai program pembangkang tapi ada pemimpin Umno tidak menyukai idea reformasi parti yang disuarakannya. - mks._

Tiada ulasan: