utusan online
PULAU PINANG - Kementerian Kesihatan membekukan cuti semua kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang (HS) dan Hospital Ampang (HA) yang terlibat dengan operasi menyelamat dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa awal pagi ini.
Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, semua kakitangan hospital tersebut yang sedang bercuti ketika ini akan dipanggil bertugas serta-merta untuk memastikan operasi menyelamat berjalan dengan lancar.
"Saya telah mengeluarkan 'amaran bencana' kepada ketiga-tiga hospital ini untuk meningkatkan tahap persiapan mereka bagi membantu operasi menyelamat di tempat kejadian.
"Bilik operasi akan beroperasi 24 jam dan semua kakitangan yang sedang bercuti akan dipanggil bertugas manakala mereka yang telah memohon cuti akan dibatalkan," tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika diminta mengulas mengenai langkah kementerian untuk membantu mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, selepas merasmikan seminar Menyimpan dan Melabur 08-09 di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, perkara ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak kerana apa yang berlaku adalah satu bencana alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan