Awang Harun
KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu mahu pihak polis segera melakukan siasatan serta mendakwa seorang pemimpin Umno peringkat bahagian Marang yang didakwa terbabit dengan amalan rasuah.
Ini berikutan, terdapat bukti melalui dua akuan bersumpah yang mengaku telah membuat tuduhan palsu dan fitnah kepada seorang pemimpin Umno lain melalui cara memujuk selepas termakan sejumlah sogokan.
Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa mendakwa menerima surat berkenaan yang tidak bernama dan bersetem kira-kira jam 4.15 petang di dalam peti surat di rumahnya selepas pulang daripada Kuala Lumpur, 4 November lalu.
"Pihak polis diminta segera menyiasat dan kita (AMK) serahkan kedua-dua akuan bersumpah itu untuk siasatan dan mendakwa Adun Alor Limbat, Alias Abdullah yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang.
"Ini sangat serius, sebab ini melibatkan pimpinan yang menjadi contoh kepada rakyat seluruhnya," ujar sejurus selepas laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu bersama Ahli Jawatankusanya.
Menurutnya, individu berkenaan telah mengaku membuat tuduhan palsu dan fitnah kepada seorang pemimpin Umno berjawatan Timbalan Menteri.
Menurutnya, ini membuktikan bahawa amalan dan budaya Umno yang 'mendarah' daging dan 'membarah' selama ini.
Bahkan, katanya telah menjadi amalan kepada mereka (Umno) melakukan pelbagai tindakan termasuk merasuah serta melakukan taktik-taktik kotor dan jahat.
Hadir sama membuat laporan tersebut Setiausaha AMK Terengganu, Muzafeq Affyulzaifuzan Muhammad dan Naib Pengerusi Ikatan Anak Watan Darul Iman (Ikhwan), Abu Bakar Kassim. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan