Ahad, 9 November 2008

Polis dan penyokong pengebom Bali bertempur

AFP


TENGGULUN, Indonesia – Beratus-ratus penyokong yang begitu emosional atas kematian pengebom Bali bertempur dengan pihak polis hari ini sebaik sahaja dua jenazah pengebom tersebut tiba di kampung halaman mereka, hari ini.

Ini menyebabkan beratus-ratus polis yang lengkap bersenjata gagal untuk mengawal hampir 500 orang yang mengerumuni ambulans yang membawa pulang jenazah Amrozi dan abangnya, Mukhlas.

Para penyokong tersebut kemudiannya melepaskan geram sambil bersorak “Jihad!” dan “Berambus!” terhadap pihak polis yang terpaksa meninggalkan tempat kejadian.

Keadaan yang sama berlaku di pekan Serang di Barat Jawa apabila keranda yang bertutup dengan kain hitam bertulis ayat-ayat al-Quran membawa jenazah Imam Samudra diarak sepanjang jalan dari sebuah masjid menuju ke tanah perkuburan.

Tiada ulasan: