Nik Nazmi: Pendekatan Kreatif perlu untuk tarik anak muda ke Masjid
Suara KeADILan
PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyuarakan harapan agar jawatankuasa surau dan masjid dapat terus mendekatkan institusi ibadat dengan masyarakat, khususnya golongan muda.
Didalam ucapan ringkasnya sempena menyerahkan sumbangan Ramadhan di masjid-masjid seluruh Dun Seri Setia, berkata jawatankuasa surau dan masjid harus kreatif untuk menarik golongan muda.
“Generasi muda kadangkala terasa surau dan masjid tidak kena dengan jiwa mereka. Memang sikap anak muda ini harus dikikis, tetapi pada masa yang sama masjid juga perlu mengambil pendekatan kreatif bagi menjadi mesra anak muda.” katanya di Masjid al-Amin, Kampung Dato’ Hormat, 28 Ogos lalu.
Nik Nazmi mengambil contoh dengan pengurusan masjid di Singapura sebagai contoh bagi Selangor yang semakin meningkat maju. Meskipun umat Islam adalah minoriti di Singapura, tetapi pengurusan masjid dan institusi agama mereka boleh dicontohi.
Dalam pada itu, seluruh masjid dan surau di kawasan tersebut menerima sumbangan kira-kira RM28,000, dimana ianya meliputi RM 1500 bagi masjid dan RM 1000 untuk surau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan