Selasa, 28 April 2020

PKP: Semua premis SPA tak beroperasi sehingga 12 Mei

tyrazalhe 

  

Urusan permohonan kerja masih boleh diakses melalui Portal SPA


BANGI – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) melanjutkan tarikh untuk tidak beroperasi bagi semua premisnya di seluruh negara sehingga 12 Mei ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPA berkata, keputusan berkenaan selaras dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan premis kerajaan.

“Urusan permohonan pekerjaan masih boleh terus diakses melalui Portal SPA.

“Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan terus ke sistem ePertanyaan di Portal SPA,” kata suruhanjaya itu.

Malaysia kini memasuki hari terakhir tempoh PKP fasa ketiga, dan akan menyambung lagi dua minggu bagi fasa keempat sehingga 12 Mei ini.

Setakat semalam, jumlah kes pulih terus meningkat berbanding kes baharu yang dilaporkan. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 95 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kini 3,957 kes.


Tiada ulasan: