Jumaat, 24 April 2020

Harga petrol kekal, diesel turun 3 sen





PETALING JAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol kekal, sementara diesel turun 3 sen mulai esok.

RON97 kekal pada paras RM1.55 seliter dan RON95 kekal pada RM1.25 seliter.
Diesel pula turun kepada RM1.40 seliter.
Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok hingga 25 Apr ini.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Tiada ulasan: