Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan DUN Tanjong Datu, Sarawak akan
diadakan 18 Februari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata suruhanjaya itu dalam mesyuarat khas hari ini juga
menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK itu pada 4 Februari, manakala
pengundian awal pada 12 Februari.
PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang
juga Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem,akibat komplikasi
jantung pada 11 Januari lepas, di Pusat Jantung Sarawak di Kota
Samarahan.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 Mei tahun lepas, Adenan,
72, mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan
majoriti 5,892 undi.
Jazolkipli hanya meraih 468 undi.
Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan