JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim
enggan menerima jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
seperti yang dibayangkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
semalam.
TMJ menolak jawatan tersebut bagi mengelak wujudnya konflik kepentingan
melibatkan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dimiliki
beliau.
“Saya tidak bersetuju untuk menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT.
“Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah
negeri saya,” katanya menerusi laman Facebook rasmi kelab Harimau
Selatan, JOHOR Southern Tigers sebentar tadi.
Semalam Khairy memberi bayangan mengenai kemungkinan besar penglibatan TMJ di dalam FAM pada masa akan datang.
Sebelum ini terdapat desas-desus menyatakan TMJ bakal mengambil alih
pucuk pimpinan tertinggi FAM selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
meninggalkan badan induk itu tidak lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan