Sabtu, 6 Ogos 2016

Tabung Pahlawan: MP cadang lelong barangan Rosmah

MALAYSIA DATELINE
 
 
Saya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit kata MahfuzSaya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit kata Mahfuz


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melolong barang-barang peribadi berjenama miliknya untuk didermakan ke tabung hari pahlawan.

Beliau berkata, barang-barang berharga rosmah seperti cincin berlian, beg tangan, jam tangan dan sebagainya jika ditukar dengan wang tunai boleh membantu prajurit yang telah banyak berjasakepada negara.

“Bukankah elok kalau Rosmah yang memiliki banyak beg tangan berharga,jam berjenama, cincin berlian,telefon tangan Vertu yang harga ratusan ribu ringgit dan barang barang kemas yang lumayan untuk disumbangkan pada tabung hari Pahlawan.

“Saya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit tanahair yang berjasa pada negara,” katanya.

Rosmah yang juga penaung Tabung Pahlawan sebelum ini menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada tabung khusus untuk bekas tentera itu.

Beliau juga meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu hanya segelintir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat yang menghulurkan sumbangan kepada tabung itu.

Mahfuz juga mempersoal ke mana hilangnya GLC dan kontraktor yang memperoleh banyak projek di bawah kementerian pertahanan.

“Berapa jumlah sumbangan syarikat yang memperolehi projek kapal selam,kereta perisai dan macam-macam projek bernilai milion dan bilion ringgit Malaysia.

“Atau mereka lebih banyak menyumbang untuk program program politik pemimpin Umno dari melihat kepentingan dan kebajikan perajurit tanahair.

“Takkan Rosmah isteri perdana menteri tak tau di mana syarikat syarikat ini. Atau syarikat ni pun turut sumbang senyap-senyap pada Rosmah?” soalnya.

Tiada ulasan: