PETALING JAYA: Kini adalah masanya bagi pelatih Pokemon Malaysia untuk
beraksi apabila permainan 'Pokemon Go' akhirnya boleh diakses di Asia.
Sehingga Sabtu, permainan ini boleh dimuat turun di App Store bagi pengguna iOS dan Google Play untuk pengguna Android.
Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi, Malaysia kini telah
ditandakan sebagai 'ada' di laman web rasmi
https://www.ispokemongoavailableyet.com/.
Selain Malaysia, permainan ini boleh diakses di 14 buah negara Asia
yang lain termasuk Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina,
Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan
Solomon, Negara Persekutuan Micronesia dan Palau.
Pengguna Facebook di halaman 'Pokemon Go Malaysia' telah berkongsi
berita dengan memuat naik paparan skrin mereka bermain permainan ini
sejak seawal 8.00 pagi.
Pada Jumaat, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad
al-Bakri berkata karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go
tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan
kemudaratan.
Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa
Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan