Khamis, 4 Ogos 2016

Jangan gusar dakwaan 'terompah Umno' kononnya Amanah khadam DAP

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Salahuddin AyubSalahuddin Ayub


Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menasihati ahli dan pemimpin parti itu agar tidak gusar dengan dakwaan kononnya 'Amanah adalah khadam DAP' kerana tuduhan itu mengulangi modal lama golongan yang menjadi 'terompah Umno'.

Mengulas tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan memainkan sentimen perkauman dan kebencian melulu terhadap DAP, beliau berkata tuduhan 'khadam kepada DAP' ini sudah dipopularkan Umno sejak Pas mengadakan pakatan politik dengan parti pembangkang tersebut.

"Kenapa harus takut dan gusar dengan tuduhan barua, khadam dan kuda tunggangan DAP?
"Bukankah puluhan tahun bersama Pas dahulu kita telah dilempar dengan tuduhan yang sama oleh Umno-BN walaupun ada Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi pada waktu itu?
"Terkini Tun Mahadhir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dituduh barua dan khadam DAP oleh Umno-BN.

"Cuma bezanya sekarang Umno BN tak perlu buang masa dan tenaga dan seronok merehatkan diri kerana telah ada parti yang menjadi budak suruhan mereka menuduh orang lain barua, khadam dan kuda tunggangan DAP," tegasnya dalam satu kenyataan.

Salahuddin turut mengimbas kembali kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz supaya golongan ulama jangan sekali-kali menjadi "terompah kayu Umno".

Tiada ulasan: