Sabtu, 6 Ogos 2016

Ahmad Razif nafi tuduhan terlibat guling bekas MB Terengganu

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman menafikan beliau terlibat dalam dakwaan sabotaj dan "rampasan kuasa" semasa pilihan raya umum lepas untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Said yang ketika itu adalah menteri besar.
 
Ahmad Razif menegaskan adalah tidak masuk akal beliau mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk berbuat demikian.
 
Sedangkan ujarnya, waktu itu beliau hanya memberi fokus untuk memenangi kerusi DUN Seberang Takir.
 
"Adalah tidak masuk akal untuk menuduh saya sabotaj atau mengadakan rampasan kuasa bagi menggulingkan menteri besar dengan kuasa saya yang terhad pada ketika itu. Mengapa saya akan berbuat demikian?
 
"Saya hanya seorang calon pilihan raya pada masa itu dan memberi tumpuan untuk memenangi kerusi saya sendiri di Seberang Takir," katanya.
 
Ahmad Razif berkata Ahmad hanya perlu menerima tanggungjawab dan bukannya cuba untuk menyalahkan orang lain.
 
Ahmad yang menjadi duri dalam daging bagi pentadbiran Ahmad Razif telah menyalahkan menteri besar itu berikutan prestasi buruk Terengganu pada pilihan raya umum 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional memenangi hanya 17 kerusi berbanding 14 oleh PAS dan satu lagi oleh PKR.
 
Perbalahan lisan antara kedua-dua Ahmad itu telah menambah kepada spekulasi kemungkinan pilihan raya tergempar akan diadakan di Terengganu.
 
Ahmad mendakwa Ahmad Razif tahu mengenai rampasan kuasa untuk menggulingkannya sebagai menteri besar.
 
Ahmad juga mendakwa bahawa Ahmad Razif telah bertemu beliau untuk memberitahu mengenai rampasan kuasa selepas pilihan raya umum dan mengulangi permintaan agar menteri besar itu perlu meletak jawatan.
 
 

Tiada ulasan: