Oleh: Nadia Hanafi
PETALING JAYA- Zunar bakal menerbitkan buku terbarunya yang
bertajuk ‘King of Derma’ yang akan dikeluarkan pada pertengahan bulan
September akan datang.
Perkara itu dinyatakannya dalam satu sidang media pengumuman anugerah
Hellman Hemmet yang diterimanya di Hotel Shah Village, di sini semalam.
Katanya,
buku yang dikeluarkan kali ini adalah berkonsepkan kartun untuk rakyat,
tidak seperti buku-buku beliau yang lain mengenai kartun politik.
“Perbezaan politik kartun adalah kartun berkisarkan politik antara
ahli politik tetapi kartun untuk rakyat ini adalah apa sahaja isu yang
berkaitan dengan rakyat. Kita yang sengsara.
“Sebagai contoh duit RM2.6 billion itu adalah duit kita tetapi masuk ke dalam poket perdana menteri,” katanya.
Sebelum ini, lima daripada buku beliau diharamkan oleh kerajaan
Malaysia kerana didakwa isi kandungannya tidak sesuai untuk orang awam
dan boleh mempengaruhi pembaca untuk menggulingkan kerajaan.
Selain itu, Zunar juga berkata, beliau mendapati bahawa di Malaysia
orang ketawa sebagai tanda protes, jadi beliau akan menghasikan buku
untuk mereka yang cenderung ke arah cara itu.
“Di Malaysia saya dapati gelak adalah salah satu jenis protes. Ada
orang yang tidak mahu pergi ke BERSIH, kerana ada perkara yang
menghalang seperti pekerjaan, tetapi kalau sediakan bahan, mereka akan
gelak.
“Saya nak sediakan ini kepada pembaca di Malaysia dan ia adalah satu cara yang selamat, efektif untuk protes,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan