Isnin, 10 Ogos 2015

Wanita tanggal baju waras, layak dibicarakan

SINAR HARIAN


Wanita buka baju dituduh tak bayar minuman
Aksi wanita berkenaan yang berjaya dirakam


KUALA LUMPUR - Bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, adalah waras dan layak dibicarakan di mahkamah.

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor memutuskan demikian selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan, terhadap Persana Avril Sollunda, 33.

"Semasa kejadian berlaku beliau (tertuduh) dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar, bagaimanapun buat masa ini, keadaan mental beliau adalah stabil dan beliau layak dibicarakan," katanya ketika membaca laporan kesihatan itu semasa sebutan kes itu.

Pada 29 Mei mahkamah memerintahkan Persana Avril dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan, untuk pemeriksaan mental.

[ARTIKEL BERKAITAN: Laporan mental wanita tanggal baju 10 Ogos]

Mahkamah menetapkan tiga hari bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu. 

Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara  maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin manakala tertuduh diwakili Kelvin Tan. - Bernama


Tiada ulasan: