Khamis, 20 Ogos 2015

Wanita dera anak tiri OKU ditahan

 
Wanita itu mengaku memukul anak tirinya yang OKU menggunakan penyangkut baju dan tali pinggang kerana degil dan tidak dengar cakap.


dera-anak



PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 26 tahun ditahan selepas dipercayai mendera anak tirinya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sebuah tanah rancangan FELDA di Jempol, Negeri Sembilan pada Rabu.

Perbuatan wanita itu diketahui apabila guru sekolah anaknya itu mendapati terdapat kecederaan seperti akibat dipukul di kepala dan belakang badan pelajar yang berusia 15 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, berkata pihak sekolah telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Bertindak atas maklumat tersebut, polis telah menahan ibu tiri pelajar OKU berkenaan di rumahnya.

“Hasil soal siasat, ibu wanita itu mengaku memukul anak tirinya menggunakan penyangkut baju dan tali pinggang kerana mangsa degil dan tidak mendengar cakap,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, ibu tiri terbabit dibebaskan dengan jaminan polis, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tiada ulasan: