DAMANSARA - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk
Abdul Hamid Bador menyifatkan tindakan menahan pegawai Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai perbuatan jijik dan hina.
Bekas pemimpin nombor dua di Cawangan Khas itu berkata, tindakan itu
dilihat sebagai tidak melihat kepada semangat undang-undang.
"Sepatutnya guna pendekatan lain sepetti memanggil mereka memberikan keterangan sahaja bukannya menangkap mereka.
"Mereka adalah pegawai kerajaan yang berintegriti, bukan samseng bukan
pengamal ajaran sesat," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan polis yang melakukan siasatan
kepada pegawai SPRM yang sedang menyiasat kebocoran maklumat syarikat
pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada
Wall Streel Journal (WSJ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan