RAJINA DHILLON
Dataran Merdeka antara
lokasi yang menjadi tumpuan pihak penganjur Bersih untuk mengadakan
perhimpunan yang dijadualkan hujung minggu ini.
KUALA LUMPUR, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menegaskan pihaknya akan bersikap neutral dalam memantau pihak berkuasa dan peserta perhimpunan Bersih 4 pada hujung minggu ini bermula 29 Ogos hingga 30 Ogos.
Pesuruhjaya Suhakam, James Nagayam
berkata, suruhanjaya itu juga akan menyediakan laporan berhubung
pemantauan yang akan dibentangkan kemudian dalam satu mesyuarat untuk
tindakan lanjut.
“Pasukan kami sedia untuk menjalankan pemantauan dengan peralatan lengkap bagi mencatat perkembangan dua hari itu.
“Kami akan memantau, sediakan laporan dan
bentangkan pada mesyuarat suruhanjaya dan mengkaji laporan itu sebelum
memutuskan tindakan yang akan diambil,” katanya pada sidang media di ibu
pejabat suruhanjaya itu hari ini.
Tambahnya, Suhakam akan menghantar 20
pegawainya untuk memantau perhimpunan di Dataran Merdeka dan beberapa
pegawai di perhimpunan Sabah dan Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan