Isnin, 24 Ogos 2015

SUHAKAM nasihat jangan bawa kanak-kanak sertai BERSIH 4.0

 
Seramai 20 pegawai SUHAKAM akan ditugaskan untuk memantau tindakan pihak berkuasa dan peserta perhimpunan.


suhakan,bersih


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menasihatkan peserta BERSIH 4.0 supaya tidak membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan itu akhir bulan ini.

Pesuruhjaya SUHAKAM, James Navagam berkata, peserta juga dinasihatkan supaya tidak merosakkan Dataran Merdeka dan harta benda awam.

“Berdasarkan himpunan BERSIH sebelum ini, terdapat mereka yang membawa kanak-kanak, ia harus dielak. Mereka juga seharusnya tidak merosakkan Dataran Merdeka.

“Penganjur dan peserta juga mesti bertangunggjawab terhadap isu yang mereka bawa dan memastikan keselamatan pihak yang terlibat terjamin,” katanya pada sidang media pada Isnin.

James berkata, SUHAKAM akan menugaskan 20 pegawai untuk memantau tindakan pihak berkuasa dan peserta perhimpunan.

“Kita akan memantau sama ada mereka mematuhi kewajipan untuk berhimpun,” katanya sambil menambah SUHAKAM itidak akan menyebelahi mana-mana pihak dalam isu ini.

Katanya, SUHAKAM juga akan membuat laporan mengenai himpunan BERSIH 4.0 berdasarkan pemerhatian petugas suruhanjaya bebas itu.

Tiada ulasan: