Selasa, 4 Ogos 2015

Sharifah dicari kes sebar maklumat palsu di FB

SINAR HARIAN


SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia


CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malayasia (SKMM) sedang mencari seorang pemilik akaun Facebook bernama Sharifah Sofia Syed Rashid bagi membantu proses siasatan berhubung penyebaran maklumat yang belum ditentukan kesahihannya.
 
Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata berdasarkan analisis yang dijalankan, pemilik akaun berkenaan juga disyaki menggunakan pelbagai profil seperti Sharifah dan Kapten Sharifah untuk tujuan sama.
 
Katanya maklumat yang disebarkan dalam akaun FB tersebut bukan sahaja palsu malah berupaya menjejaskan ketenteraman awam.
 
"SKMM meminta mana-mana pengguna media sosial yang mempunyai maklumat mengenai pemilik akaun FB tersebut untuk tampil membantu siasatan," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
 
Menurut Zulkarnain, mana-mana pihak yang cuba menyebarkan maklumat palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
Tambahnya pengguna media sosial yang mendapati akaun mereka disalah guna untuk membuka akaun palsu dinasihatakan agar melaporkan perkara tersebut kepada pihak FB dan SKMM.
 
Aduan tersebut penting supaya akaun palsu berkenaan boleh ditutup, katanya. -Bernama

Tiada ulasan: