MALAYSIAKINI
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertikaikan campur
tangan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bertanya
jika kerajaan sendiri tidak mahu "kebenaran tertegak".
Dalam kenyataan beliau hari ini, bekas menteri itu berkata, kerajaan
mempunyai tanggungjawab menghentikan campur itu atau berdepan risiko
hilang keyakinan rakyat.
"Mengapa tiba-tiba dua pegawai SPRM ditukar ketika siasatan (mengenai)
1MDB masih dijalankan? Tidak bolehkah tunggu sehingga selesai siasatan?
"Adakah kerajaan sendiri tidak mahu kebenaran tertegak?" katanya.
Tambah Ahli Parlimen Semporna itu, jika isu SPRM dan campur tangan
kerajaan gagal ditangani, beliau bimbang ia akan menyebabkan BN hilang
kuasa pada masa depan.
"Persoalan ini jika tidak dijawab dan dijelaskan akan menambahkan lagi
defisit kepercayaan kepada kerajaan yang sudah pun hilang sekarang ini.
"SPRM perlu diberikan kebebasan dan tidak dihalang daripada menjalankan
tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka," katanya.
Mohd Shafie berkata, tindakan memindahkan dua pegawai kanan SPRM ke
Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberikan persepsi tidak baik pada
kerajaan yang mendakwa mengamalkan ketelusan dan berintegriti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan