Isnin, 24 Ogos 2015

Selangor tak guna duit tabungan struktur industri air

Oleh: NAEEM RAFFI


SHAH ALAM,: Kerajaan Selangor tidak menggunakan duit tabungan untuk mengambil alih semula industri air Selangor, kata Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Sebaliknya, Zaidy berkata pengambil alihan itu melalui kaedah pajakan aset syarikat konsesi terlibat bernilai RM2 bilion kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Zaidy“Manakala RM7.65 billion adalah jumlah liabiliti dipinjam syarikat konsesi air iaitu Syabas, Abass dan Puncak Niaga. Liabiliti itu dalam bentuk bon dan ianya digunakan untuk membangunkan aset air syarikat konsesi.

“Namun apabila Kerajaan Negeri mengambil alih syarikat konsesi ini, liabiliti berserta aset yang dibina menggunakan bon (RM2 billion) tersebut akan dipindahkan kepada Pengurusan PAAB.

“Air Selangor pula akan menyewa semula aset itu dari PAAB untuk digunakan. Ini adalah sebagaimana digariskan dalam Water Services Industry Act (WSIA) yang dibuat dan digubal di Parlimen,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai pencerahan terhadap isu RM7.65 bilion melibatkan penstrukturan industri air di Selangor.EZY


Tiada ulasan: