Jumaat, 14 Ogos 2015

Ringgit terus jatuh walau selepas jaminan PM

MALAYSIAKINI


 


Ringgit terus menunjukkan kejatuhan hari ini walaupun perdana menteri semalam telah memberikan jaminan untuk menanganinya dengan sedaya upaya malam tadi.

Setakat jam 11.10 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.1223 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS), penurunan 2.3 peratus daripada indeks pembukaan.

Tahun lepas ia mencapai nilai tinggi RM3.1415 untuk setiap dolar.

Setelah lama berdiam diri, Datuk Seri Najib Razak semalam bersuara ketika nilai ringgit berada pada tahap RM4 untuk sedolar AS.

Najib cuba menenangkan keadaan dengan memberi jaminan untuk berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah itu.

Beliau juga mengingatkan laporan terkini Bank Negara Malaysia bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan stabil dengan kadar pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua 2015.

Najib mengenal pasti beberapa masalah berkaitan kejatuhan nilai ringgit, termasuk menyalahkan “spekulasi politik keterlaluan”.

Masalah lain digariskan termasuk kesan penurunan matawang China, penurunan harga komoditi serta jangkaan AS akan menaikkan kadar faedah.


Tiada ulasan: