Isnin, 24 Ogos 2015

Ridhuan Tee kecam ultra kiasu dalam BN

 
Beliau mempersoalkan keberanian ultra kiasu menuntut yang bukan-bukan daripada kerajaan dan bersikap rasis.


ridwan-tee,-utra-kiasu


PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengecam ultra kiasu dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) yang didakwa semakin berani membuat tuntutan yang bukan-bukan.

Katanya, ultra kiasu juga semakin berani membuat kenyataan berbaur perkauman.

“Apabila ditanya wartawan apakah agenda utamanya? Maka jawapannya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjadi keutamaan.

“Apabila menteri Melayu mahu mewujudkan Low Yat 2 (Mara), terus dituduh rasis. Kenapa kita tidak bertindak sebagai negarawan,” tulisnya di ruangan rencana di akhbar Sinar Harian.

Beliau juga menyelar tindakan terbaru ultra kiasu dalam BN yang mendesak supaya kandungan buku teks sejarah tahun empat hingga enam dirombak semula selepas dikatakan terlalu keislaman dan kemelayuan.

“Segerombolan pakar sejarah mereka telah menghantar memorandum mengandungi lebih 80 perkara agar fakta buku teks sejarah yang baharu diperkenalkan kepada semua sekolah rendah diubah.

“Mereka mahukan sejarah ditulis mengikut konsep sama rata dan sama rasa. Jika sumbangan Melayu satu, sumbangan mereka juga satu.

“Tidak boleh ada kredit kepada pihak-pihak tertentu, Kasihan orang Melayu Islam, setengah mati memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan, tiba-tiba sumbangan mereka mahu dinilai sama rata dan sama rasa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada parti politik Melayu (Islam), jika mahu memastikan tampuk kuasa terus dipegang, maka jangan terus mencipta kelemahan dan membuat masalah yang memudahkan terperangkap.

Tiada ulasan: