MALAYSIAKINI
Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
menyifatkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan wang RM2.6
bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak adalah "tidak sah".
"Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak
sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan
hal itu.
"Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem
perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup
wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam
dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan
penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem.
"Ini adalah sebab kenapa peguam negara, Bank Negara, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis terlibat," katanya dalam wawancara
dengan The Star Online.
Selain itu, Abdul Rahman berkata, peguam negara tidak sepatutnya
terlibat dalam penyiasatan itu demi memastikan pengasingan kuasa.
Pasukan petugas khas itu dibubarkan dengan serta merta selepas Peguam
Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dipecat daripada jawatan
tersebut dan diganti dengan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.
Walaupun pembubaran pasukan petugas khas itu, Abdul Rahman, yang juga
menteri kabinet menegaskan bahawa siasatan masih boleh diteruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan