MALAYSIAKINI
Pengarah komunikasi strategik BN Datuk Rahman Dahlan hari ini mengulang
tweet berkaitan dakwaan konspirasi peringkat tinggi terhadap Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Spekulasi berkaitan sebelum ini muncul selepas pengguguran Tan Sri Gani
Patail sebagai peguam negara dan timbalan perdana menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin minggu lalu.
Rahman hari ini mengulang tweet tulisan sebuah blog yang membuat dakwaan terperinci berhubung dakwaan langkah itu.
Menurut tulisan wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan, blog Seademon
Says diuruskan oleh “anak ketua polis negara yang paling lama
berkhidmat”.
Beberapa laporan media mengenal pasti seorang bekas juruterbang tentera sebagai pihak yang menggerakkan Seademon.
Tanpa menamakan secara jelas, blog itu menyebut seorang bekas menteri
kanan telah bertemu dengan ketua pembangkang bersama 30 anggota parlimen
untuk membimbangkan pembentukan kerajaan campuran baru.
Didakwa juga terdapat pertemuan hampir sama di KLGCC, yang mana kira-kira 15 orang hadir.
Penulis blog juga mendakwa mengambil maklum tiga perkara, pertama
berkaitan pertemuan sultan Johor dan Muhyiddin yang didakwa disusun
seorang ahli perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan