MALAYSIAKINI
Polis telah mengambil keterangan dari seorang lagi pegawai Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - Tuan Roslan Tuan Mat - berkaitan
dengan siasatan yang sedang dijalankan terhadap kebocoran dokumen sulit
kerajaan.
Roslan adalah pegawai SPRM yang keempat yang disoal siasat berikutan
penangkapan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazalee Abdul Khairi pada pagi
Sabtu.
Roslan telah disoal siasat selama lebih dua jam di ibu pejabat polis
daerah Putrajaya malam tadi mengenai kebocoran draf kertas pertuduhan
dari siasatan pasukan petugas 1MDB.
Sebelum
itu, polis mengambil keterangan daripada Pengarah Operasi khas SPRM,
Bahri Mohamad Zin (gambar) dan pengarah forensik SPRM IG Chandran,
masing-masing selama tiga jam.
Menurut Bahri, beliau telah disiasat di bawah Seksyen 124b Kanun
Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dianggap
memudaratkan demokrasi berparlimen.
Polis setakat ini tidak memperincikan mengapa mereka menyoalsiasat para
pegawai tersebut, tetapi difahamkan keempat-empat mereka terlibat dalam
siasatan SPRM terhadap SRC International Sdn Bhd yang dikaitkan dengan
1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan