MALAYSIAKINI
Beberapa laporan telah dibuat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dengan suruhanjaya itu sendiri terhadap Ketua
Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Zabidi Zainal.
Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa laporan dibuat berhubung pemindahan Pengarah Operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob Jumaat lepas.
"Terdapat beberapa laporan yang difailkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM
2009," tambah sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.
Seksyen 48 Akta SPRM ialah berkaitan dengan kesalahan menghalang penyiasatan.
Difahamkan, laporan yang sama telah dibuat terhadap polis kerana
menangkap pegawai SPRM dan merampas komputer riba mereka, serta dokumen
yang berkaitan dengan siasatan SRC International Sdn Bhd, dan dakwaan
pemindahan RM42 juta ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak.
Polis menyiasat pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit dengan siasatan terhadap SRC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan