KUALA NERANG, Kementerian Pendidikan sentiasa mengawasi dan melakukan pemantauan terhadap penggunaan rokok elektronik dan pengambilan ‘Shisha Stick’ di kalangan pelajar sekolah.


Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, arahan telahpun dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Negeri dan sekolah-sekolah untuk mengawasi perkara itu.

“Murid-murid yang menggunakan rokok elektronik tetap melakukan kesalahan, sebagaimana menghisap rokok betul,” katanya selepas menghadiri majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu, hari ini.
Ketika ini katanya, penggunaan rokok elektronik dan ‘Shisha Stick’ di kalangan pelajar sekolah adalah terkawal.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan-laporan di laman-laman sosial tentang penggunaan rokok elektronik dan ‘Shisha Stick’ di kalangan pelajar sekolah.