MALAYSIAKINI
Datuk Seri Najib Razak memberitahu bekas peguam negara, Tan Sri Abdul
Gani Patail supaya membuat penjelasan mengenai sumbangan dana bernilai
RM2.6 bilion, kata bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bercakap di Mesyuarat Agung Umno Kemaman hari ini, Muhyiddin berkata,
kabinet terkejut selepas kewujudan dana itu dilaporkan The Wall Street
Journal (WSJ).
"Saya menghantar mesej kepada perdana menteri memberitahu, dakwaan ini
serius dan beliau perlu membuat penjelasan kerana tiada sesiapa boleh
membuat dakwaan begitu.
"Beliau (perdana menteri) membalas "terima kasih" dan berkata beliau akan mengarahkan AG memberi penjelasan," katanya.
Menurut Muhyiddin, itu adalah kali terakhir beliau mendengar mengenai
isu berkenaan sebelum dipanggil Najib dan mengakui menerima dana RM2.6
bilion daripada penderma tidak dikenali dari Timur Tengah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan