MALAYSIAKINI
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini
meluahkan secara terbuka mengenai tempoh masa untuk rakyat menunggu bagi
mengetahui keputusan siasatan 1MDB.
Bercakap dalam Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian hari ini,
Muhyiddin berkata rakyat cukup sabar untuk menunggunya kerana Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa kali mengulangi gesaan supaya
bersabar.
"Perdana menteri kata tunggu, tunggu penyiasatan. Tunggu, tunggu. Berapa
lamalah nak tunggu, sampai bulan jatuh ke riba?" kata Muhyiddin.
Beliau yang juga timbalan presiden Umno berkata terdapat jangka waktu yang dianggap munasabah untuk menunggunya.
"Bila dah lewati batas kemunasabahan, maka keyakinan akan runtuh,
(orang) tak percaya, mereka akan kata 'awak boleh cakap apa sahaja, tapi
kami tak percaya kamu'" kata Muhyiddin lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan