Selasa, 18 Ogos 2015

Media salah petik kenyataan saya kata Nik Abduh

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


SHAH ALAM – ‘Beberapa media memetik kenyataan saya secara salah,” demikian tegas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, kenyataan salah itu jelas bertentangan dengan kenyataan Pas sebelum ini yang menyebut bahawa sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah Pas mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang Bersih 4.0.

“Beberapa media dan akhbar memetik kenyataan saya secara salah mengenai Bersih 4.0 bahawa saya menggalakkan ahli dan Pemuda Pas untuk menyertai Bersih 4.0.

“Kenyataan salah tersebut pastinya bertentangan dengan kenyataan Pas sebelum ini, sedangkan saya secara jelas menekankan bahawa sikap Pemuda Pas adalah selari dengan pendirian asal parti,” katanya dalam satu kenyataan.


Kelmarin, sebuah portal tempatan melaporkan Nik Abduh berkata beliau mempertimbangkan untuk menyertai himpunan itu dan menggalakkan ahli Pas untuk menyertainya susulan parti itu sentiasa menyokong tuntutan Bersih.

Menurutnya, Pemuda Pas akan bersama mendukung matlamat dan aspirasi asal Bersih 4.0 yang menuntut pemulihan hak-hak demokrasi dan pilihan raya yang bersih.

“Justeru Pemuda Pas tidak akan menghalang ahlinya untuk menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 walaupun Pas tidak terlibat secara langsung.

“Pas akan menyatakan sikap secara rasmi mengenai Bersih 4.0 dalam tempoh terdekat insya-ALLAH,” katanya.


Tiada ulasan: