Rabu, 26 Ogos 2015

MB tempelak Menteri gagal bezakan ‘derma’ RM2.6 bilion dengan pelaburan

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (7)

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan ditempelak berikutan gagal membezakan antara derma RM2.6 bilion diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari penderma yang tidak didedahkan dengan syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, soalan seumpama itu harus diajukan kepada Abdul Rahman sendiri.
 
“2.6 bilion ‘derma’, ini (DEIG) pelaburan. Kalau itu tak faham jangan tanya saya tetapi tanya dia balik,” kata Mohamed Azmin kepada pemberita pada sidang media Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di Setia Alam, di sini, hari ini.

Terdahulu, pada Mesyuarat kedua, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Selangor Ketiga belas, 2015 yang berakhir Khamis lalu, Dewan Negeri Selangor (DNS) diberi penerangan panjang lebar berkenaan isu penubuhan syarikat DEIG.

Mohamed Azmin ketika menjawab soalan yang dikemukakan ahli-ahli mesyuarat DNS menjelaskan, DEIG mempunyai lima orang Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI.

Beliau juga menyifatkan dakwaan terdapat salah urus dana dalam DEIG sebagai pembohongan dengan berniat jahat berikutan sehingga kini syarikat terbabit masih belum memulakan operasinya.

Tegas beliau, sehingga kini sehingga kini DEIG masih belum memiliki sebarang aset menyebabkan tiada sebarang transaksi boleh dibuat.EZY


Tiada ulasan: