1.
Krisis politik yang berlarutan dalam negara sekarang mengakibatkan
fokus kepada membangunkan negara dan rakyat telah tersasar daripada
kerangka matlamat pembanggunan negara.
2.
Krisis ini telah menjadi krisis kepercayaan terhadap PM dan Kerajaan
yang dilihat mahu melindungi jenayah politik dan ekonomi yang jelas
merugikan rakyat dan negara.
1MDB, pengumpulan
kekayaan keluarga Najib serta sikap pak turut (Hang Setia) anggota
kabinet dan pimpinan tertinggi Umno Bn serta Pegawai Tinggi Kerajaan
khususnya PDRM bakal meruntuhkan negara.
3.
Demi menyelamat dan melindungi rakyat dan negara, Majlis Raja-Raja
Melayu perlu untuk bersidang segera bagi mengambil langkah dan
perjalanan demi melindungi Rakyat dan Malaysia tercinta. Keseluruhan
Kabinet Kerajaan yang ada tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Maka,
sebuah Kabinet Kerajaan Peralihan perlu dibentuk sebelum mendapat mandat
baru daripada rakyat dalam tempoh yang segera.
4.
Saya percaya dengan penglibatan kebawah Duli-Duli Tuanku semua akan
dapat merungkai permasalahan krisis yang dihadapi seterusnya melindungi
dan menyelamatkan rakyat dan negara daripada keadaan yang lebih buruk.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA".
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Tiada ulasan:
Catat Ulasan