KUALA LUMPUR, Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Kumpulan Media The Edge untuk menangguhkan penggantungan terhadap dua penerbitannya sebagaimana yang diarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan penangguhan itu dalam kamar berdasarkan tiga alasan.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee yang mewakili Setiausaha Agung Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian itu sendiri berkata, plaintif tidak membenarkan hal keadaan khas untuk diberikan kepada kedua-dua penerbitan.

“Jika mereka menang kemudiannya (dalam semakan kehakiman), penerbitan (kredibiliti) akan dibenarkan.
 
“Mahkamah juga memutuskan bahawa sekiranya The Edge menang dalam permohonan substantif, maka penerbitan akan diberi pampasan yang secukupnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam permohonan penangguhan yang dikemukakan oleh The Edge Communications Sdn Bhd, mereka dinilai kemungkinan kehilangan RM14 juta bagi tempoh tersebut.

Mahkamah telah menetapkan 7 September ini untuk pendengaran semakan kehakiman.
Peguam Darryl Goon, Raja Eileen Suraya Raja Aman dan Joni Jacqueline Benedict mewakili Kumpulan Media The Edge.
Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan selama tiga bulan berkuatkuasa 27 Julai lalu.
Arahan penangguhan itu dibuat oleh kementerian berikutan penyiaran laporan terhadap 1MDB yang ‘memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin mencetuskan pendapat umum’.

Pada 27 Julai, The Edge melalui firma undang-undang Raja, Darryl and Loh Advocates and Solicitors memfailkan permohonan semakan kehakiman yang ingin membatalkan perintah penggantungan tiga bulan oleh kementerian.