Rabu, 26 Ogos 2015

Mahathir: Pengundi Malaysia tak perlu dirasuah

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wang sumbangan RM2.6 bilion, yang dikatakan untuk tujuan pilihan raya, terlalu besar kecuali “jika untuk merasuah pengundi Malaysia”.

“Kenapa 700 juta dolar? Sudah tentu ia terlalu besar untuk keperluan-keperluan pilihan raya Malaysia, kecuali jika untuk merasuah pengundi Malaysia.

“Kenapa seseorang mahu merasuah pengundi Malaysia supaya Najib boleh menang. Rakyat Malaysia sudah menyokong BN tanpa perlu dirasuah oleh sesiapa, apatah lagi orang asing,” katanya.


Tiada ulasan: