MALAYSIAKINI
Malaysiakini mengesan pengedaran dua imej berita palsu yang dikaitkan dengan Malaysiakini.
Imej
pertama bertajuk "Daim: Saya akan pastikan ringgit merosot ke paras RM
4.50 berbanding USD" dikesan disebarkan mulai semalam dan imej kedua
"Saya perlukan syarikat (DEIG) untuk urus RM6.3 bilion duit rakyat
Selangor" disebarkan hari ini.
Kedua-dua imej tersebut bukan berita daripada laman web Malaysiakini.
Pembaca
dan orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan berita
Malaysiakini di: www.malaysiakini.com atau
http://m.malaysiakini.com/language
Pembaca dan orang ramai boleh menghubungi editor@malaysiakini.com jika menemui imej-imej berita kami yang mencurigakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan