MALAYSIAKINI
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador
berkata, antara sebab beliau ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM)
mungkin disebabkan kelantangannya meminta supaya siasatan telus
dilakukan terhadap isu 1MDB.
Katanya, antara kemungkinan lain
menjadi faktor beliau ditukar selepas 37 tahun berkhidmat di bahagian
cawangan khas itu kerana beliau tidak mahu melaksanakan "agenda
tertentu".
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut maksud "agenda tertentu" itu.
"Mereka
mungkin meragui taat setia saya untuk laksana agenda tertentu. Saya
(bersikap) profesional dan apa yang saya siasat, itulah hasil siasatan.
"Kami
tidak akan tukar laporan menjadi sebaliknya. Kita akan beritahu perkara
yang sebenar, mungkin mereka tak suka dan mahu dengar sesuatu yang
indah. Nak syok sendiri.
"Mungkin juga (saya ditukar) kerana saya
kerap kata supaya lakukan siasatan 1MDB dengan telus," katanya pada
sidang medianya hari ini.
Pertukaran
Abdul Hamid merupakan perubahan terkini yang berlaku dalam Cawangan
Khas selepas Datuk Mohamad Fuzi Harun menggantikan Datuk Seri Akhil
Bulat selaku pengarah cawangan khas.
Mengulas mengenai
pertukarannya, Abdul Hamid berkata beliau dipanggil berjumpa Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Bukit Aman, dua minggu
sebelum surat pertukaran dikeluarkan.
Dalam pertemuan itu, Abdul
Hamid berkata beliau diberi dua pilihan sama ada ditukarkan ke Majlis
Keselamatan Negara (MKN) atau JPM.
Pilihan itu dibuat selepas pertemuan Zahid dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Abdul Hamid lagi.
"Saya dipanggil masuk dan dia sampaikan bahawa perdana menteri beri saya dua pilihan sama ada ditukarkan ke MKN atau JPM.
"Saya
tergamam dan terkejut. Saya termenung sejenak. Berat betul hukuman saya
terima sampai kena keluar dari PDRM, saya berkata dalam hati.
"Macam seolah-olah saya lakukan dosa besar dan tak boleh diampunkan sampai kena dijinak di luar PDRM," katanya lagi.
Bagaimanapun,
Abdul Hamid berkata beliau masih belum lagi memutuskan sama ada akan
melapor diri di JPM pada 17 September depan kerana jawatan timbalan
pengarah isu-isu keselamatan dan transnasional yang ditawarkan belum
tersedia.
"Yang hairannya jawatan yang ditawarkan kepada saya itu
belum lagi tersedia dan pihak JPM masih lagi berbincang dengan JPA,"
katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan